Seorang penyair bermadah;
Sediakanlah bekalan dengan kebaikan yang akan menggembirakan kamu,
Kerana setiap orang yang menetap di suatu negeri,
Akhirnya akan berpindah jua.
Seorang penyair lain bermadah;
Sediakanlah bekalan dengan yang baik dari amalan kamu,
Kerana teman bagi seseorang di alam kuburnya ialah apa yang ia lakukan,
Ingatlah manusia hanyalah tetamu bagi keluarganya,
Ia tinggal buat sektika bersama mereka,
Kemudian ia akan pergi.
Di antara syair;
Jika orang yang suka memfitnahku itu menanti-nantikan kematianku,
Bertenanglah, kerana tidak ada seorang pun yang hidup sepanjang zaman,
Sekalipun seorang itu dapat hidup selamat di bumi,
Sekalipun seribu tahun,
Lambat laun ia akan samapi ke kubur jua.
Jadi...buat diriku dan wahai temanku...
Beringatlah...
Buatlah kebaikan di bumi yang sementara ini...
Jaga hati sesama manusia...
Kerana...
Hati mencerminkan diri manusia....
3 comments:
dlm mknenye ye...petik mano ni?
penyair....huuu
minat jd penulis ko plok?...hahaha..kt kl lg ke ni?
Post a Comment