"Allah beri kita rasa itu..
Tenung lihat fikir gunakan..
Hargai.."

Saturday, April 28, 2012

.:Dia..si Matahari...:

Aku kembali menulis pabila diri ini terasa dipanggil..
Mungkin bait kataku semakin lemah kerana telah lama menyepi..

Kebiasaannya..
Hanya bulan bintang yang ku rasa menyinari hidupku..
Namun..di suatu ketika..
Matahari kembali terbit..
Dia muncul lagi dalam hidupku..
Matahariku..
Adakah ini mimpi atau imaginasiku..?
Muncul di kala aku terbaring sendirian..
Di kala aku memerlukan seseorang untuk menenangkanku..

Namun..
Hatiku masih terus membeku..
Kerana apa ku masih tidak mengerti..
Mungkin kerana aku tidak mahu merasai kehilangannya lagi..
Dan mungkin sebab itu hati masih terus membeku..

Namun..
Dia tetap berusaha menyinari hidupku..
Matahariku..
Terima kasih...
Terima kasih....
Dan terima kasih...

Matahariku..
Maaf kadang kala diri ini memadamkan sinarmu itu..
Dengan tangisanku dan hal berkaitan hidupku..

Kini..
Sinarannya mungkin lagi cerah dari dulu...
Apakah yang tersirat di sebalik sinaran terang ini..?
Aku hanya mampu memandang..
Kerana aku tidak mampu untuk mencapainya...

Dan ketika ini..
Walaupun aku tidak mampu mengapainya..
Aku sentiasa merasai sinaran terangnya disisiku..
Layakkah aku untuk merasai sinaran ini..?

Dan akhirnya..
Di kala aku bersujud..
Aku hanya mampu meluahkan pada-Nya..
Memohon ditunjukkan jalan bagi sinaran ini...

Semuanya..ku serahkan pada-Nya..