Aku kembali menulis pabila diri ini terasa dipanggil..
Mungkin bait kataku semakin lemah kerana telah lama menyepi..
Kebiasaannya..
Hanya bulan bintang yang ku rasa menyinari hidupku..
Namun..di suatu ketika..
Matahari kembali terbit..
Dia muncul lagi dalam hidupku..
Matahariku..
Adakah ini mimpi atau imaginasiku..?
Muncul di kala aku terbaring sendirian..
Di kala aku memerlukan seseorang untuk menenangkanku..
Namun..
Hatiku masih terus membeku..
Kerana apa ku masih tidak mengerti..
Mungkin kerana aku tidak mahu merasai kehilangannya lagi..
Dan mungkin sebab itu hati masih terus membeku..
Namun..
Dia tetap berusaha menyinari hidupku..
Matahariku..
Terima kasih...
Terima kasih....
Dan terima kasih...
Matahariku..
Maaf kadang kala diri ini memadamkan sinarmu itu..
Dengan tangisanku dan hal berkaitan hidupku..
Kini..
Sinarannya mungkin lagi cerah dari dulu...
Apakah yang tersirat di sebalik sinaran terang ini..?
Aku hanya mampu memandang..
Kerana aku tidak mampu untuk mencapainya...
Dan ketika ini..
Walaupun aku tidak mampu mengapainya..
Aku sentiasa merasai sinaran terangnya disisiku..
Layakkah aku untuk merasai sinaran ini..?
Dan akhirnya..
Di kala aku bersujud..
Aku hanya mampu meluahkan pada-Nya..
Memohon ditunjukkan jalan bagi sinaran ini...
Semuanya..ku serahkan pada-Nya..
3 comments:
matahari..mahupun dunia tu sendiri..semuanya boleh dikecapi.tapi hanya kalau diri itu percaya pada dirinya sendiri..
kebahagiaan bukannya mudah untuk dicari..seperti matahari yang bukan mudah untuk dikecapi..
rapatilah dia.kalau itulah yang membuat diri itu bahagia.tapi janganlah lupe batas-batasnya.kerana itulah yang menjaga diri kita..
saya juga pernah ada matahari yang menyinari hidup saya dulu..tetapi sinarannya hanyalah sementara.mungkin salah saya..mungkin salah dua-dua..
tetapi yang pastinya.walaupun selepas 1000 tahun sekalipun,sinarannya tetap akan hangat dalam diri saya.
awak bertuah.sebab ada matahari yang menyinari hidup awak..itu lebih baik daripada berada dalam kegelapan.keseorangan..
insyaallah..keyakinan itu usahanya..dan berserah itu jalannya..terima kasih atas nasihat itu :)
Post a Comment