"Allah beri kita rasa itu..
Tenung lihat fikir gunakan..
Hargai.."
Saturday, May 5, 2012
.:Penghidupan untuk sebuah kehidupan..
Diri ini tertunduk lagi..bukan kerna hilang arahnya..tetapi kerana hilang kudratnya..hari-hari terus ditempuhi dengan senyuman..biarpun pahit..
Fighting! masih terngiang-ngiang kata matahariku..buat pembakar semangatku yang baru bersinar dalam hidupku..dan kata-kata si kecil molek dan rakan seperjuangan yang sentiasa bersama tatkala aku terbaring memerlukan bantuan..
Satu-persatu..sudah tersurat..aku teruskan..kerna aku percaya pada-Nya..
Biarpun hati ini tidak berhenti menangis buat kali ini..namun ini adalah jalan yang ku ada..selain menadah tangan memohon pada-Nya..
Apa pun masalah..kecil mahupun besar..itu adalah rahmat disebalik tersuratnya ujian..sedikit demi sedikit..aku mengatur penyelesaiannya..walaupun kadang kala aku rasa diri ini amat kerdil dan tidak diperlukan..
Diri ini terus berusaha..mungkin itu dapat membantu..walaupun sedikit..aku berusaha membantu..
Sudah setahun..dan setahun itulah pelbagai penghidupan yang kupelajari..erti kehidupan yang nyata..manis mahupun pahit..
Ku masih terus mendaki..biarpun jatuh dipertengahan..masih ku teruskan..biarpun apa yang mendatang..akan kuteruskan perjalanan ini..
Labels:
diary -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kenapa awak biarkan kehidupan awak dipenuhi kesedihan?adakah awak rasa awak tidak layak untuk merasa kebahagiaan?
Post a Comment