"Allah beri kita rasa itu..
Tenung lihat fikir gunakan..
Hargai.."

Monday, May 28, 2012

.: Laluan ini..

Semakin lama ditahan..semakin byk garisnya..dan manusia ini..hanya mampu menulis tanda luahannya..kerna mulut membeku sejak lamanya..seperti pokok nan hijau..adakalanya ia semakin haus dimamah matahari..bukan kerna tidak mampu menahan panasnya..atau tidak biasa dengannya..namun panahan petir yang sangat tinggi kilaunya mampu menumbangkannya walaupun punya akar yang kuat..

Dan adakalanya..kilauan-kilauan kecil juga penyumbangnya..duri-duri kecil juga boleh memberi bisa..lumrah manusia insan yang lemah..mulut tak mampu dikawal..walaupun hati tak bemaksud..namun ia akan memberi garis yang sangat besar..dengan laluan yang berliku..menambahkan rasa kegelapan dalam melaluinya..

Namun..bukan bermakna hati ini..sentiasa dibasahi dan merintih...ia hanya memerlukan pembebasan..secara semulajadi..bulan dan bintang yang bersinar...sentiasa menambahkan kemanisan dalam tawa ini..dan kemanisan ini akan terus ditambah..buat penguat hati..

Jadi..

Jangan disalahkan pada hati yang berkata..kerana ia perlu ruang untuk meluah..

Jangan dipinggirkan pada hati yang merintih..kerana ia perlu masa untuk sembuh..

Jangan ditinggalkan pada hati yang merintih..kerana ia perlu tempat untuk kembali utuh...

Itu semua..memang tidak akan akan boleh terjadi..tanpa keutuhan yang lahir dalam diri pada sekeping hati..hati ini akan terus kuat..dengan pegangan yang kukuh pada-Nya..dan buat dia dan dia yang sentiasa mekar dengan semangat itu..terima kasih..senyuman ini akan kekal terukir tanda terima kasih walau sekuat mana pun diri ini jauh dilambung badai..insyaallah....

Mohon sentiasa dipertunjukkan jalan dari-Nya..aminnn..

No comments: