"Allah beri kita rasa itu..
Tenung lihat fikir gunakan..
Hargai.."

Sunday, May 13, 2012

.: Bayangan..

Mengapa ia kembali..
Semakin jauh aku cuba pergi..
Semakin kerap ia menjelma..
Menyebabkan aku jatuh tersungkur di pembaringan..

Dan kini..
Aku hanya ingin melihat sinar matahari..
Namun aku tidak tahu..
Aku masih takut..
Walaupun aku cuba buang semua itu..

Dan di suatu saat..
Ku tiada tahu..
Ia kembali menghantuiku..
Datang tanpa dipinta.
Dia..insan yang pernah menjadi kayu pengukuh di belakangku..
Walaupun dia telah kembali bertemu Ilahi..
Namun dia tetap dalam ingatan..

Ada putih..ada hitamnya..
Hitam menyusul selepas kenangan putih suci itu..
Si hitam pemusnah segalanya..
Kurebah di pembaringan kerana tidak mampu digasak dengan pelbagai igauan lagi..

Dan ketika itu..
Ku tiada tahu..
Ku hanya ingin lenyapkan semua..
Ku mencari sinarku..
Di saat ku rasa tiada daya untuk melawan igauan itu lagi..

Namun..
Ku tiada tahu..
Matahariku...
Maafkan ku...
Disaat kamu memerlukan..
Aku telah memadamkan sinarmu..

Tidak ku minta ia hadir...
Namun apakan dayaku..
Aku tidak mampu melawannya..
Dan akhirnya..
Terasa aliran hangat membasahi pipi..

Maafkan ku si matahari..
Saat ini..
Aku hanya menadah tangan memohon kepada-Nya..
Moga kamu cepat pulih..
Moga kamu kembali bersinar..

Semoga semuanya..kembali aman..itu sahaja yang kupinta..
Aminnn...


No comments: