"Allah beri kita rasa itu..
Tenung lihat fikir gunakan..
Hargai.."

Friday, May 10, 2013

???

Jatuh bangun tiada guna sekiranya kita masih lagi kalah dalam menatdbir hati..kita rela biarkan diri kita menang walauupun hakikatnya kita kalah..mana perginya iman di hati pabila kita harus merendahkan diri..sedar-maaf-insaf..itu pegangan sejati..jangan diminta kebahagiaan jika kita melaknat hati yang suci..kelak hati akan mati tanpa kita sedari..semuanya telah tertulis..panjang pendek kecil besar tetap ciptaan Ilahi..tak perlu dihina atau dicaci jika bukan kehendak hati..kelak rosak jiwa tiada ganti..sedarlah diri..tiada guna menagih cinta pada kata jika diri tidak mampu memberi rasa..rupa dan luaran tiada sama dengan hati..mungkin kau merasa..mungkin kau hanyut membiarkan rasa..tiada siapa tahu..kerana kau mematikannya..hilang manis bila kata dihambur..mana hilangnya diri di awal nya? Buta? Bisu? Pekak? mungkin semuanya tidak..namun tiada kata akhirnya..sebab diri mati ditelan ego yang kekal dalam hati..biar berlalu..dan terus berlalu..kerana Dia tahu..dan tetap tahu hingga penghujungnya..aliran sungai akan tetap mengalir walaupun berubah warna..dan ia tetap akan mengalir walau berubah arah alirannya..itu yang pasti..berserah~

.:Hanyut..

Hati ingin berbicara..otak penuh seribu bahasa..jari bisa ingin menekan kata..tapi aku tidak tahu mana perlu ku mulakan..bayangan penuh dengan igauan..aku tidak meminta tetapi ia datang menerpa..salahkah aku..salahkan aku membiarkannya..

Kenapa perlu hidup dengan angkuh..?
Kenapa perlu hidup dengan ketamakkan?
Aku muak dengan semua itu..

Maaf..itulah menghanyutkan segala kepahitan..
Tapi kesan Hitam masih berparut..
Bukan dendam..tetapi hakikat..

Akan tiba saat dalam diri..
Satu masa yang penuh dengan warna warni...


Wednesday, May 8, 2013

Khayalan atau Realiti

Khayalan atau realiti..aku, kita, mereka..semua hidup tanpa rasa segan..tiada rasa untuk meluah..hidup semakin alpa..manusia..dan manusia..masih sama..lemas dan hanyut pabila senang..aku hanya mampu melihat..

Khayalan atau realiti..ku masih tersenyum..itu takdir..namun tiada noktah untuk itu..manusia masih sama..tiada sedar untuk itu..tiada rasa untuk merubah..lebih senang untuk melihat..menjatuhkan sesama manusia..dan aku masih melihat..

Khayalan atau realiti...hidup kadang kala tanpa nyawa..masa di saat hilang kewarasan..manusia..dan manusia..tidak lari dari hilang punca arahnya..ia datang dan pergi..lumrah kehidupan..dan aku semakin kabur untuk melihat..

Khayalan atau realiti..aku meneruskan jalan....jalan yang kuindahkan dengan senyum tawa di sekeliling..memberi itu lebih baik dari menerima..tetap kuteruskan...walaupun penglihatan itu semakin kabur dan gelap..


Malam..malam yang ku sentiasa inginkan..kerana malam itu sepi..sepi yang menenangkan jiwa..dan pada satu malam..aku buntu..buntu yang ku sendiri tidak mengerti..ku berdiri di suatu bukit..ku dapat lihat semua..semua yang ku rasakan sangat indah..sangat cantik..subhanallah..itulah kebesaran-Nya..ku sangat tenang di situ..

Mimpi itu peneman tidur..
Lamunan yang kadang kala memberi kesan..
Namun kesudahannya tiada pasti..

Masa..semakin cepat..semakin cepat ia pergi bila kita tidak sedari...berhentilah di situ...jangan dihitamkan lagi hati..kehidupan itu tiada kekal...Sedarlah..~