Jatuh bangun tiada guna sekiranya kita masih lagi kalah dalam menatdbir hati..kita rela biarkan diri kita menang walauupun hakikatnya kita kalah..mana perginya iman di hati pabila kita harus merendahkan diri..sedar-maaf-insaf..itu pegangan sejati..jangan diminta kebahagiaan jika kita melaknat hati yang suci..kelak hati akan mati tanpa kita sedari..semuanya telah tertulis..panjang pendek kecil besar tetap ciptaan Ilahi..tak perlu dihina atau dicaci jika bukan kehendak hati..kelak rosak jiwa tiada ganti..sedarlah diri..tiada guna menagih cinta pada kata jika diri tidak mampu memberi rasa..rupa dan luaran tiada sama dengan hati..mungkin kau merasa..mungkin kau hanyut membiarkan rasa..tiada siapa tahu..kerana kau mematikannya..hilang manis bila kata dihambur..mana hilangnya diri di awal nya? Buta? Bisu? Pekak? mungkin semuanya tidak..namun tiada kata akhirnya..sebab diri mati ditelan ego yang kekal dalam hati..biar berlalu..dan terus berlalu..kerana Dia tahu..dan tetap tahu hingga penghujungnya..aliran sungai akan tetap mengalir walaupun berubah warna..dan ia tetap akan mengalir walau berubah arah alirannya..itu yang pasti..berserah~
No comments:
Post a Comment