"Allah beri kita rasa itu..
Tenung lihat fikir gunakan..
Hargai.."

Thursday, July 30, 2015

.: Tidak terjangkau

Hidup penuh dengan persoalan..lagi kau tempuh lagi banyak kau akan mempersoal..Kuasa Dia..tiada penghalang..kau usaha..kau akan temui seribu satu jawapan..namun dalam seribu yang kau temui..hanya satu jawapan yang pasti..rasa, naluri itu penguat..namun disebalik rasa itu semua..kau perlu sediakan diri-keredhaan..bagaimana dan bagaimana..itu akan mula menghantui diri selagi mana kau dalam fasa ini..dan terkadang..kau diam seribu bahasa..kerana hanya hati kau yang mampu berkata..kau cari dan terus  mencari dalam diam-kekuatan..tatkala ini..hanya sepi yang kau mahu..kerana bising itu mematikan..

'Mereka'..
Digelar sahabat..
Masih ada lagi mereka..yang sentiasa memandang memikir dengan bertanya..bukan pertanyaan yang diinginkan..cuma sokongan..sikit kata seperti "kau macam mana?" Itu sudah cukup membuatkan kita bangkit..kerana ketika ini kita hilang jatuh..tak mampu menyapa tak mampu melawan..semua tiba-tiba..tiba-tiba.....dan tiba-tiba..

Allah sebaik perancang..itu pasti..dan dari sini..kau nampak kau lihat jelas..titik hitam itu..hati orang..hati binatang..semua..jelas..

Tunduk..itu yang dilakukan pada saat ketika ini..sebab kau nampak kejahilannya..jangan menyalak..sebab bukan kau yang layak mengadilinya..
Berdoa..terus bedoa..agar kesedaran itu timbul..

Penghidupan ini akan berakhir-akhirat..
Dan ketika itu hanya amal yang kau bawa..
Pegang itu..buat kebaikan walaupun kau dibalas jahat sakit perit..
Itu ketentuan yang telah tertulis..
Redha...walaupun sukar..
Kerana Allah sebaik-baik pencipta..
Dia tahu kemampuan hamba-hambaNya..

Hidup...dan terus hidup..
Kerana kau di'sini' hanya sekali...

Friday, July 24, 2015

Friday, July 17, 2015

.: 1 Syawal

Syahdu alunan takbir bergema
Tiap tahun rasanya sama
Dan tahun ini lebih terasa
Kerna apa yang kubayangkan tidak ditakdirkan
Aku akur ya Allah
Kekuasaan mu
Rindu.sakit.pedih.marah.perit
Bukan dayaku untuk melawan semua ini ya Allah
Pada mu kuberserah rasa-rasa ini

Sampaikan salam rinduku padanya ya Allah...
Selamat hari raya kasih...
Maaf zahir batin...
Dari budak perempuan ini.

Monday, July 13, 2015

.: Muak

Ubat
Pahit
Kelat
Muak
Tolong ya Allah
Larikan aku sekejap dari dunia ini
Sangat menyesakkan
Sangat memaksa
Tolooonggg ya Allah
Sedarkan mereka
Sedarkan dia
Buat aku sakit tanpa sedar
Himpit aku
Tinggalkan aku
Tolong ya Allah
Aku lelah telan ubat-ubat ini
Tolong larikan aku sekejap
Toloonggg aku ya Allah


Thursday, July 9, 2015

.: Survive

Budak perempuan ini hanya mahu hidup seperti insan lain..seperti insan lain..ya..setiap manusia mempunyai jalan hidupnya sendiri..itulah lumrah kehidupan..mahu dan mahu..kepuasan yang dicari..sentiasa..tanpa sedar..

Tapi buat kali ni..alhamdulillah..rasa budak perempuan ini untuk itu semakin dapat dikawal walaupun sedikit demi sedikit..mungkin kerana perit sebelum ini lagi mematikan..alhamdulillah ya Allah..alhamudulillah...

Pegangan budak perempuan ini masih utuh..
Jangan sakiti sesiapa..
Jangan ditinggal atau dicerca dia yang kau sayang..
Jangan meminta minta..

Dan..yang utama..
Biar mereka buat apa pada kau..
Walaupun kau jatuh dan terus jatuh..

Kerana..
Rasa sayang itu..
Budak perempuan ini manusia biasa..
Budak perempuan ini tiada hak atau kuasa melainkan Dia..

Melainkan..
Ia telah mengganggu dan mencabar maruahnya..

Alhamdulillah...kerana beri budak perempuan ini rasa manis ini lagi ya Allah..
Alhamdulillah...senyuman untuk kemanisan ini...

Alhamdulillah untuk rasa ini ya Allah.. :))




Tuesday, July 7, 2015

.: Ramadhan Kareem 2015

Alhamdulillah..aku masih diberi kesempatan merasai nikmat bulan ramadhan tahun ini..sememangnya penantianku setiap tahun..kerana ketenangan itu jelas di bulan ini..

Namun, kuasa Dia..ujian itu tiba tatkala aku mula memandang ke langit..aku hilang dalam bayang aku sendiri..masih kamilah..tapi mujur ia di dalam bulan yang penuh barakah ini..

Semua seperti terhenti..aku mula perkuatkan apa yang ku daya..kerana aku tahu dengan usaha pasti ada jalan keluarnya..tak mengapa kalau hanya aku yang mulakan jalannya..kerna aku rasa..mungkin aku yang perlu buka langkah itu..ia bermula dari bahagian ku..

Aku cuba sedikit..dan sedikit..hari ke hari..iyaa hati perempuan..sekeras mana pun kau diluar..hati kau masih berair..bagi aku..itu caraku..jangan disalah..jangan dimarah..sebab kau kata manusia itu berbeza dan kau terima seadanya..

Satu ketika, mungkin aku dah tak mampu menahan..apa cara pun tak mampu buat aku lepaskan rasa tuu..aku hanya nak dia perbetul aku seperti biasa..dan aku terus menerpa..mencari salah tanpa sedar..yaa aku yang bersalah..memang patut aku kena..dan dalam diam aku makin nampak redha yang selama ni aku sebut tapi aku tak mampu buat pun...dimana iman kau kamilah..

Di sinilah...kau memulakan..
kau hilang..dan makin hilang...
padam.gelap.ubat...berlawan..bertahan...itulah buat kau kamilah..
saat ini..satu kesan yang aku tak dapat halang..
pedih.
.
...
terima kasih dan terima kasih.

Manusia..seperti biasa tidak dapat lari dari egonya sendiri..tanpa sedar ego itu mematikan rasa..mementingkan diri..tanpa sedar..sedarlah kamilah..

Salah?? Siapa?? tiada masa untuk itu lagi..cukup.

Semuanya pinjaman di didunia ini..ingat kamilah...
Terus beringat..
Aku berserah pada-Mu ya Allah..