Hidup penuh dengan persoalan..lagi kau tempuh lagi banyak kau akan mempersoal..Kuasa Dia..tiada penghalang..kau usaha..kau akan temui seribu satu jawapan..namun dalam seribu yang kau temui..hanya satu jawapan yang pasti..rasa, naluri itu penguat..namun disebalik rasa itu semua..kau perlu sediakan diri-keredhaan..bagaimana dan bagaimana..itu akan mula menghantui diri selagi mana kau dalam fasa ini..dan terkadang..kau diam seribu bahasa..kerana hanya hati kau yang mampu berkata..kau cari dan terus mencari dalam diam-kekuatan..tatkala ini..hanya sepi yang kau mahu..kerana bising itu mematikan..
'Mereka'..
Digelar sahabat..
Masih ada lagi mereka..yang sentiasa memandang memikir dengan bertanya..bukan pertanyaan yang diinginkan..cuma sokongan..sikit kata seperti "kau macam mana?" Itu sudah cukup membuatkan kita bangkit..kerana ketika ini kita hilang jatuh..tak mampu menyapa tak mampu melawan..semua tiba-tiba..tiba-tiba.....dan tiba-tiba..
Allah sebaik perancang..itu pasti..dan dari sini..kau nampak kau lihat jelas..titik hitam itu..hati orang..hati binatang..semua..jelas..
Tunduk..itu yang dilakukan pada saat ketika ini..sebab kau nampak kejahilannya..jangan menyalak..sebab bukan kau yang layak mengadilinya..
Berdoa..terus bedoa..agar kesedaran itu timbul..
Penghidupan ini akan berakhir-akhirat..
Dan ketika itu hanya amal yang kau bawa..
Pegang itu..buat kebaikan walaupun kau dibalas jahat sakit perit..
Itu ketentuan yang telah tertulis..
Redha...walaupun sukar..
Kerana Allah sebaik-baik pencipta..
Dia tahu kemampuan hamba-hambaNya..
Hidup...dan terus hidup..
Kerana kau di'sini' hanya sekali...
No comments:
Post a Comment