"Allah beri kita rasa itu..
Tenung lihat fikir gunakan..
Hargai.."

Friday, June 15, 2012

.:Alhamdulillah..

Alhamdulillah..
YOU made me smile today..
Thank you Allah... :) :) :)

Thursday, June 14, 2012

.: Pilihan

Hidup ini..kita memang diberi peluang untuk membuat pilihan...jalan kiri mahupun kanan..adakalanya..kita akan menyimpang juga ke jalan kiri itu..walau sekuat mana pun kita untuk mengelaknya..

Dan hari ini..aku telah memilih jalan kiri itu..ya jalan kiri..kerana..aku buntu untuk keluar dari kesesakan itu..aku sendiri pun tak percaya..Allah tu Maha Kuasa..ya..aku dapat 'cash' hari nie..haaa~ padan muka ko ili..mujur hanya kereta je yang 'luka'..aaaa~ Allah Maha Penyayang...

Sebenarnya..aku tak ada niat pun nak buat semua tue..Aku hanya ingin menyelamatkan keadaan..membantu..tapi..aaa~ biarkanlah...

Itu membuktikan..walau jauh mana pun kita cuba mengelak..kalau dah takdir itu tertulis untuk kita..ia pasti berlaku..kita tak akan dapat lari juga...walaupun jalan kanan yang kita pilih sekali pun..

Aku masih sayang diri aku..ya..aku masih sayang diri yang sangat kerdil ini..cuba memperbetulkan keadaan yang dulunya rumit..dan kini alhamdulillah..makin kendur..dalam pada masa yang sama..aku cuba membahagiakan oleh lain..dengan tidak menyakitkan hati mereka..walaupun aku senyap..tak bermaksud aku mati atau pengecut..aku cuma tidak mahu menyerabutkan keadaan..dan pada masa yang sama...aku nak kamu sedar..diri kamu..

Tuesday, June 12, 2012

.:Hakikatnya...

Manusia..kadang-kadang leka dalam duniawi ini..mungkin bangga kerana anugerah tuhan untuknya..mungkin kerana hanyut dengan kesenangan dunia..dan juga mungkin kerana alpa dengan keseronokan dunia..

Mulut memang pandai mengatur bicara..ini kerana sifat azali yang telah ditetapkan oleh-Nya..namun tiada guna jika kita hanya berkata tetapi semakin jauh untuk melakukannya apatah lagi mengamalkannya..akhirnya..kita semakin mudah terhasut dengan bisikan penghasut tegar dan mudah terpedaya dengan pujukan duniawi itu..

"Dan ingatlah..dan ketika..kita tergerak untuk berkata sesuatu yang berupa kebaikan..maksudnya..kita diberi peluang oleh-Nya yang Maha Pengasih untuk melakukan kebaikan dan berubah kearah kebaikan.."

Namun..adakalanya..kita ambil mudah terhadap sesuatu perkara itu..kerana barangkali kita tidak mahu ia membebankan kepala..atau barangkali..kita senang melakukan begitu..akibatnya..ia menjadi tabiat yang sukar untuk diubah..

Oleh itu...

"Jangan pandang sesuatu perkara yang kita bakal hadapi, sedang hadapi atau telah hadapi sebagai sesuatu yang memberatkan..namun jangan pula kita menganggap ia sebagai sesuatu yang amat mudah..sehingga kita sanggup melakukan sesuatu diluar batasan hanya kerana kita ingin mendapatkannya..ini semua akan mengundang sifat tamak diakhirnya..kesannya..banyak hati akan disakiti akibat perbuatan yang dibenci itu.."

Manusia..masih lagi ditakuk yang lama..tidak berubah..mungkin tidak cukup apa yang pernah diuji..atau mungkin tidak mahu merasa diri kolot..atau mungkin ingin memuaskan diri untuk merasai kegembiraan tanpa mengenal sedikit pun apa itu maksud keberkatan dalam mendapatkan keredhaan-Nya..

Dan untuk itu..tiada apa untuk disesalkan..malah aku bersyukur..kerana disaat itu..aku merasa DIA sentiasa bersamaku..menggerakkan hati untuk mengetahui kebenaran..walaupun dipandang sangat remeh..namun pabila kepercayaan dan kejujuran dipermainkan dan diperkotak-katikkan..ia membuktikan segalanya..

Oleh itu....

"Jangan menyalahkan orang lain..sebaliknya..pandang diri kita dahulu..apa yang kita telah buat..apa yang telah kita katakan..apa yang telah kita maksudkan..walaupun semua itu..dipermulaannya..namun ia sangat perlu..sangat..dan sangat...kerana susun kata tidak boleh diundur walaupun sepatah..MUHASABAH.."

Lantas...

Ucapan maaf itu sangat penting sebenarnya..kerana ia tanda kita sedar akan kesilapan itu..dan cuba tidak melakukannya lagi pada masa yang mendatang..juga..jangan dipandang remeh dan mudah..kerana apabila pemikirannya begitu..keegoan akan semakin memuncak..sedarlah..kita sama disisi-Nya..tetap sama..walau tinggi mana kedudukan itu..walau bergunung mana duit itu..walau secantik mana wajah itu..itu semua milik-Nya yang disandarkan kepada kita hamba-Nya di dunia yang sementara ini.. 

Namun..setinggi mana kata maaf pada seorang manusia itu..tinggi lagi nilainya disisi yang Maha Esa..ucapkanlah maaf dan ampun itu pada DIA yang Maha Pengampun..di saat selesai kita memberi salam selepas solat..ketika kita masih duduk..pandanglah pada tikar sejadah itu..dan sekiranya..hati kita masih lagi punyai keimanan itu..walaupun ia sedikit..kita akan tertunduk malu..lantas sedar atas semua kesalahan kita pada-Nya dan sesama kita..

Ingat mati itu perlu..jangan disangkal pada hakikat itu..dan sekiranya..kita sedar kesilapan namun kita masih bertangguh..atau masih malu untuk mengucapkannya..atau masih rasa ia kesalahan yang sangat kecil yang diperbesarkan..tiada apa yang tinggal lagi..kerana ketika itu..semuanya hanya tinggal untuk diazab..BERINGATLAH..

Dan sekiranya..kita masih merasa kita berada di landasan yang betul..pandanglah sekeliling dan fikirkanlah..kenapa kita masih ada perasaan resah walaupun kita sihat..kenapa kita masih keseorangan walaupun diikelilingi kawan-kawan..kenapa kita masih sunyi walaupun ditemani bunyi hingar bingar itu..kenapa..

Dan semakin sukar..apabila kita telah memohon dari-Nya tetapi masih lagi merasakan semua itu..itu mungkin kerana banyak tanda hati yang telah kita langgar..yang telah kita benamkan..SEDARLAH..

Di kala itu..tiada dendam..dan tiada juga marah..kerana aku tahu itu ujian yang memang sudah tertulis..sebelum dan selepas..sama dan tetap sama..tiada perubahan yang aku lihat sepanjang itu..

Aku tetap aku..tersenyum, gembira dan terus gembira..walaupun kadangkala aku menangis juga..namun menangisnya aku hanya dan hanya kerana mereka yang kusangat kukasihi..membesarkanku, menjagaku dari dulu hingga kini..walau apa pun yang kukatakan..mereka tetap bersamaku..

Disaat dan ketika ini..tidak kusalahkan semua itu..kerana aku masih sama seperti yang pernah kuperkatakan..tetap cuba memahami situasi luar itu..walaupun aku tahu..ia hanya akan memenatkanku..dan semestinya kerana..aku manusia biasa..yang juga melakukan kesilapan..MOHON KEMAAFAN..

Apa aku ingin perkatakan juga masih sama..hati bukan bahan mainan..dan selamanya bukan..jangan mengucap jika kita masih samar tentang itu..jangan dilambung sekiranya kita tidak mampu menahan untuk menyambutnya..jangan memanggil sekiranya kita belum bersedia untuk menyahutnya..SEDARLAH..

Tolong jangan diulang semua itu kepada yang lain..kerana kelak makin besar kehitaman itu..Perbetulkan yang salah pada DIA..jangan menuding jari lagi..Beranikan diri untuk pandang pada diri sendiri..Kecapi yang utama sebelum yang pertama dahulu..Doaku masih ada..kerana aku tiada apa untuk didebatkan..semuanya telah kutelan..dan kuserahkan semuanya kepada DIA..kerana aku percaya dan yakin dia TUHAN yang Maha Kuasa selamanya..


Saturday, June 9, 2012

.:Kekuasaan-Mu..

Permainan hati..
Alhamdulillah..
Allah itu Maha mengetahui..
Sekiranya kita berlaku jujur sesama manusia..
Insyaallah..kita akan dilindungi-Nya..
Terima kasih ya Allah..atas pertolongan-Mu..
Mohon terus diberi petunjuk itu..
Aminn... :)

Monday, June 4, 2012

.: Hari ini..

Jauh kaki ini berjalan hari ini..
Alhamdulillah..
Sekurang-kurangnya..
Nikmat-Mu itu dapat dirasai sebentar..

Senyuman untuk kamu :)


Sunday, June 3, 2012

-- Anis Nadilla Ahmad --

Buat ruangan kali ini.. Ditujukan khas buat yang terlampau dirindui Anis Nadilla Ahmad :)
*Tak ade gambaq hang.sorry~ huu..time tue tak pakai lagi handphone canggih-canggih nie.haha

Sudah hampir 3 tahun lebih tak jumpa si comey niee..waa~ sangat lama.. Bilalah agaknya dapat jumpa sama kamu Menah! :P

Menah..panggilan yang aku panggil.. Sebab..kalau dia bercakap memang tak beehenti..hahha :) She made me smile alot.. :D Dan apa pun yang dia cakap akan menyebabkan kita akan tergelak bila dengar.. :D

Dan bersesuaian dengan keadaan aku masa tue..yang tak tahu nak buat keputusan untuk hidup aku sendiri. The hardest time in my life.. Ditelan mati mak..Diluah mati bapak.. Aku dah buntu nak pilih jalan.. Aku terpaksa bercerita jugak dekat dia-Menah yang ketika tue merangkap ahli jemaah bilik yang muat seorang je nak lalu dekat ruang tengah tue.hahha :D I really miss that moment! Dua hari..kiteorang sama-sama fikir..

Dan ayat kamu Menah..yang buat aku ingat sampai sekarang dan aku buat sampai sekarang.
"Apa pun..buat 'mereka' gembira.biar kita hilang apa yang kita nak pun.Itu pengorbanan.'Mereka' tahu yang terbaiik untuk kita" :D

Akhirnya.. Aku akur.. Untuk kamu berdua..mama dan ayah.. :D

Kenangan manis yang paling aku ingat ialah "dinner maggi telur" Malam sebelum aku pergi buat selama-lamanya dari bilik 'kotak' tue.. Aku nak sangat masak maggi telur untuk my roomates.. :) Antara dinner terakhir kami :)

Aku dengan Menah keluar.. pegi cari telur.. Malangnye..telur dekat kedai runcit sume habis..pelik betul.ish3.. Aku tekad nak mintak dekat 'abg burger'.. Menah tak nak cakap.
So dengan muka tak malu..aku pun mintak kt 'abg burger' tue..
"Abang..ada telur dok? Nak beli dalam dua biji boleh? " Aku tak sedar pun ape yang aku ckp sebenarnya..hahhahahha.. Ape yang aku tahu..aku nak jugak telur tue..
Maaf 'abg burger' Saya tak bermaksud begitu..huu  :P
Dan waktu tu..muka abg tue merah gila.hahhaah.. Menah terus tepuk tangan aku..
"Hang cakap tue biaq berlapik sikit.." hahahhaha.. Aku baru sedar  masa tue..
Aku betulkan balek ayat aku..
 "Abang..kiteorg nak beli telur ayamm..boleh? Telur dekat kedai sume dah habis.." :P
And finally we got that eggs! Sangat seronok malam tue. teringat lagi sampai sekarang :D

Malam sebelum aku tinggalkn tempat yang dekat sangat dengan pantai tue.
*Pantai yang dah sebati dengan jiwa aku.. Aku memang suka air - laut sungai.. Tiap petang..aku akan ajak Menah n kawan-kawan pegi sana.rase sangat tenang.lepas sume rase serabut dalam hidup nie..:)

'Mereka' pun dah sampai malam tue nak bawak aku balek esok pagi.. Aku menangis tak henti.. Sedih sangat nak pegi.. Rasa macam. Aku tak dapat happy+gelak macam tue lagi..

Esoknya..kami sume nangis :( tak dapat tahan.. Dah seminggu kt 'tempat baru'. aku still tak dapat biasakan diri lagi.. Rasa memang hilang senyum+gelak tawa tue.. Telefon dan telefon..tue je laa.. Sampai aku kembali kuat dan sedar.. 'Tanggungjawab' dan 'Tugas' baru aku.. Aku kembali tersenyum :D

Anis Nadilla ahmad..
Terima kasih sebab menjadi kawan yang sentiasa membuatkan aku tersenyum+gembira+gelak sepanjang masa sepanjang kita kenal nie..
Tak pernah aku jumpa lagi 'orang' macam ni seumur hidup aku..huuu
Hidup macam tak ade masalah.. :P
Dan dari dia jugak lah..aku belajar.. macam mana pun besar masalah kita..jangan hilang senyuman+gelak tawa tue.. *It will reduces the pain alot! :)


Saturday, June 2, 2012

.:Siapa dia??

Siapa dia?? Benarkah dia? Tidak berani untuk selebihnya. Tapi hati penuh dengan seribu rasa.. Namun seribu rasa itu masih terbeku.. Kerana tidak mahu bercampur dan membebankan.. Hati ini hanya ingin melihat orang dihadapan kembali tersenyum dahulu.. Sebelum diri ini tersenyum manis selamanya..

Satu rasa masih kuat.. Satu rasa dari dulu yang ku ingatkan hanya bayangan.. Satu rasa di bawah petunjuk-Nya suatu ketika dulu yang pernah mati.. Satu rasa yang kini ku masih rasakan mimpi.. Satu rasa yang dipohon terus diberi petunjuk dari-Nya..

Tetapi itu semua masih beku.. Kerana sesuatu yang belum selesai perlu ditunaikan.. Dua tugas besar yang aku sendiri tidak nampak bayang indahnya.. Sinar kebahagian manis senyuman mereka yang kusangat sayangi dan setinggi puncak gunung yang mampu ku capai.. Ku harap kamu juga begitu.. Teruskan perjalanan ini walau banyak cabangnya.. Jangan kenal erti mengalah selagi kita punya kudrat untuk lakukan.. Biarkan mereka duri-duri di sekeliling selagi kita kenal diri kita.. Laksanakan sesempurna mungkin supaya mendapat hak kita itu.. Aku sedang berusaha ke arah itu walaupun kadang kala aku rebah juga.. Ku harap kamu juga tetap begitu.. Semoga dipermudahkan segalanya.. Tawakal dan redha..

Friday, June 1, 2012

.: Hati: Tak mampu menanggungnya lagi..

Hati Buntu.
Pandangan Hilang.
Jiwa Gila.
Akal Mati.
Jalan Suram.Gelap.

-Sinar yang makin terbenam-