Manusia..kadang-kadang leka dalam duniawi ini..mungkin bangga kerana anugerah tuhan untuknya..mungkin kerana hanyut dengan kesenangan dunia..dan juga mungkin kerana alpa dengan keseronokan dunia..
Mulut memang pandai mengatur bicara..ini kerana sifat azali yang telah ditetapkan oleh-Nya..namun tiada guna jika kita hanya berkata tetapi semakin jauh untuk melakukannya apatah lagi mengamalkannya..akhirnya..kita semakin mudah terhasut dengan bisikan penghasut tegar dan mudah terpedaya dengan pujukan duniawi itu..
"Dan ingatlah..dan ketika..kita tergerak untuk berkata sesuatu yang berupa kebaikan..maksudnya..kita diberi peluang oleh-Nya yang Maha Pengasih untuk melakukan kebaikan dan berubah kearah kebaikan.."
Namun..adakalanya..kita ambil mudah terhadap sesuatu perkara itu..kerana barangkali kita tidak mahu ia membebankan kepala..atau barangkali..kita senang melakukan begitu..akibatnya..ia menjadi tabiat yang sukar untuk diubah..
Oleh itu...
"Jangan pandang sesuatu perkara yang kita bakal hadapi, sedang hadapi atau telah hadapi sebagai sesuatu yang memberatkan..namun jangan pula kita menganggap ia sebagai sesuatu yang amat mudah..sehingga kita sanggup melakukan sesuatu diluar batasan hanya kerana kita ingin mendapatkannya..ini semua akan mengundang sifat tamak diakhirnya..kesannya..banyak hati akan disakiti akibat perbuatan yang dibenci itu.."
Manusia..masih lagi ditakuk yang lama..tidak berubah..mungkin tidak cukup apa yang pernah diuji..atau mungkin tidak mahu merasa diri kolot..atau mungkin ingin memuaskan diri untuk merasai kegembiraan tanpa mengenal sedikit pun apa itu maksud keberkatan dalam mendapatkan keredhaan-Nya..
Dan untuk itu..tiada apa untuk disesalkan..malah aku bersyukur..kerana disaat itu..aku merasa DIA sentiasa bersamaku..menggerakkan hati untuk mengetahui kebenaran..walaupun dipandang sangat remeh..namun pabila kepercayaan dan kejujuran dipermainkan dan diperkotak-katikkan..ia membuktikan segalanya..
Oleh itu....
"Jangan menyalahkan orang lain..sebaliknya..pandang diri kita dahulu..apa yang kita telah buat..apa yang telah kita katakan..apa yang telah kita maksudkan..walaupun semua itu..dipermulaannya..namun ia sangat perlu..sangat..dan sangat...kerana susun kata tidak boleh diundur walaupun sepatah..MUHASABAH.."
Lantas...
Ucapan maaf itu sangat penting sebenarnya..kerana ia tanda kita sedar akan kesilapan itu..dan cuba tidak melakukannya lagi pada masa yang mendatang..juga..jangan dipandang remeh dan mudah..kerana apabila pemikirannya begitu..keegoan akan semakin memuncak..sedarlah..kita sama disisi-Nya..tetap sama..walau tinggi mana kedudukan itu..walau bergunung mana duit itu..walau secantik mana wajah itu..itu semua milik-Nya yang disandarkan kepada kita hamba-Nya di dunia yang sementara ini..
Namun..setinggi mana kata maaf pada seorang manusia itu..tinggi lagi nilainya disisi yang Maha Esa..ucapkanlah maaf dan ampun itu pada DIA yang Maha Pengampun..di saat selesai kita memberi salam selepas solat..ketika kita masih duduk..pandanglah pada tikar sejadah itu..dan sekiranya..hati kita masih lagi punyai keimanan itu..walaupun ia sedikit..kita akan tertunduk malu..lantas sedar atas semua kesalahan kita pada-Nya dan sesama kita..
Ingat mati itu perlu..jangan disangkal pada hakikat itu..dan sekiranya..kita sedar kesilapan namun kita masih bertangguh..atau masih malu untuk mengucapkannya..atau masih rasa ia kesalahan yang sangat kecil yang diperbesarkan..tiada apa yang tinggal lagi..kerana ketika itu..semuanya hanya tinggal untuk diazab..BERINGATLAH..
Dan sekiranya..kita masih merasa kita berada di landasan yang betul..pandanglah sekeliling dan fikirkanlah..kenapa kita masih ada perasaan resah walaupun kita sihat..kenapa kita masih keseorangan walaupun diikelilingi kawan-kawan..kenapa kita masih sunyi walaupun ditemani bunyi hingar bingar itu..kenapa..
Dan semakin sukar..apabila kita telah memohon dari-Nya tetapi masih lagi merasakan semua itu..itu mungkin kerana banyak tanda hati yang telah kita langgar..yang telah kita benamkan..SEDARLAH..
Di kala itu..tiada dendam..dan tiada juga marah..kerana aku tahu itu ujian yang memang sudah tertulis..sebelum dan selepas..sama dan tetap sama..tiada perubahan yang aku lihat sepanjang itu..
Aku tetap aku..tersenyum, gembira dan terus gembira..walaupun kadangkala aku menangis juga..namun menangisnya aku hanya dan hanya kerana mereka yang kusangat kukasihi..membesarkanku, menjagaku dari dulu hingga kini..walau apa pun yang kukatakan..mereka tetap bersamaku..
Disaat dan ketika ini..tidak kusalahkan semua itu..kerana aku masih sama seperti yang pernah kuperkatakan..tetap cuba memahami situasi luar itu..walaupun aku tahu..ia hanya akan memenatkanku..dan semestinya kerana..aku manusia biasa..yang juga melakukan kesilapan..MOHON KEMAAFAN..
Apa aku ingin perkatakan juga masih sama..hati bukan bahan mainan..dan selamanya bukan..jangan mengucap jika kita masih samar tentang itu..jangan dilambung sekiranya kita tidak mampu menahan untuk menyambutnya..jangan memanggil sekiranya kita belum bersedia untuk menyahutnya..SEDARLAH..
Tolong jangan diulang semua itu kepada yang lain..kerana kelak makin besar kehitaman itu..Perbetulkan yang salah pada DIA..jangan menuding jari lagi..Beranikan diri untuk pandang pada diri sendiri..Kecapi yang utama sebelum yang pertama dahulu..Doaku masih ada..kerana aku tiada apa untuk didebatkan..semuanya telah kutelan..dan kuserahkan semuanya kepada DIA..kerana aku percaya dan yakin dia TUHAN yang Maha Kuasa selamanya..
1 comment:
Jadi adakah seseorang yang telah membuat silap itu..dapat kemaafan, dengan hanya memohon maaf?
Post a Comment