"Allah beri kita rasa itu..
Tenung lihat fikir gunakan..
Hargai.."

Saturday, June 2, 2012

.:Siapa dia??

Siapa dia?? Benarkah dia? Tidak berani untuk selebihnya. Tapi hati penuh dengan seribu rasa.. Namun seribu rasa itu masih terbeku.. Kerana tidak mahu bercampur dan membebankan.. Hati ini hanya ingin melihat orang dihadapan kembali tersenyum dahulu.. Sebelum diri ini tersenyum manis selamanya..

Satu rasa masih kuat.. Satu rasa dari dulu yang ku ingatkan hanya bayangan.. Satu rasa di bawah petunjuk-Nya suatu ketika dulu yang pernah mati.. Satu rasa yang kini ku masih rasakan mimpi.. Satu rasa yang dipohon terus diberi petunjuk dari-Nya..

Tetapi itu semua masih beku.. Kerana sesuatu yang belum selesai perlu ditunaikan.. Dua tugas besar yang aku sendiri tidak nampak bayang indahnya.. Sinar kebahagian manis senyuman mereka yang kusangat sayangi dan setinggi puncak gunung yang mampu ku capai.. Ku harap kamu juga begitu.. Teruskan perjalanan ini walau banyak cabangnya.. Jangan kenal erti mengalah selagi kita punya kudrat untuk lakukan.. Biarkan mereka duri-duri di sekeliling selagi kita kenal diri kita.. Laksanakan sesempurna mungkin supaya mendapat hak kita itu.. Aku sedang berusaha ke arah itu walaupun kadang kala aku rebah juga.. Ku harap kamu juga tetap begitu.. Semoga dipermudahkan segalanya.. Tawakal dan redha..

No comments: