"Allah beri kita rasa itu..
Tenung lihat fikir gunakan..
Hargai.."

Thursday, August 6, 2015

.: Malam ini

Malam ini aku jatuh teruk..setelah lama kutahan..sakit yang lama kembali.kepala yang lama dibiarkan..sudah penuh sarat sesak..apa yang kurasa kusendiri tidak tahu..aku kah yang bersalah..aku kah yang mula..ampunkan aku ya Allah..aku hanya ingin rasa itu..rasa yang mula kurasa di rumah Mu ya Allah..dan aku ingin halalkannya..namun....

Aaaaa...tolak semua..jangan fikir..aku buat bodoh.buat...tapi dia datang sendiri...sejauh mana aku mampu tolak..mampu lawan..bukan aku yang nak..jangan salahkan aku...tolong hentikan.

Lemah kah aku? kalau benar aku lemah..aku akan lari dari hadap semua ni..aku akan biar semua kau tentukan..aku akan biar apa pun mereka kata..aku tak kan usaha..benar kah aku lemah...benarkah aku yang lari..jawab.......

Dunia semakin di penghujungnya...ampunkan dosaku ya Allah..tunjukkan aku jalan keluar..berikan aku sedikit masa untuk bernafas tenang mohon taubat sebelum kau ambil nyawaku..kuatkan aku ketika masa yang ada ini untuk aku berbakti pada ayah dan mama..makbulkan ya Allah..
aku merayu.......



Wednesday, August 5, 2015

.: Mati

Hatinya masih batu..membiarkan masa penentu..senyap sepi..itu jalan yang dipilih..bukan berdua..

Hanya memandang pada sebelah sahaja..baginya betul..baginya perlu..

Hari terus berlalu..dan pemanis semakin tawar..

Noktahnya pemati..

Berserah...DIA jalan keluarnya...


Sunday, August 2, 2015

Thursday, July 30, 2015

.: Tidak terjangkau

Hidup penuh dengan persoalan..lagi kau tempuh lagi banyak kau akan mempersoal..Kuasa Dia..tiada penghalang..kau usaha..kau akan temui seribu satu jawapan..namun dalam seribu yang kau temui..hanya satu jawapan yang pasti..rasa, naluri itu penguat..namun disebalik rasa itu semua..kau perlu sediakan diri-keredhaan..bagaimana dan bagaimana..itu akan mula menghantui diri selagi mana kau dalam fasa ini..dan terkadang..kau diam seribu bahasa..kerana hanya hati kau yang mampu berkata..kau cari dan terus  mencari dalam diam-kekuatan..tatkala ini..hanya sepi yang kau mahu..kerana bising itu mematikan..

'Mereka'..
Digelar sahabat..
Masih ada lagi mereka..yang sentiasa memandang memikir dengan bertanya..bukan pertanyaan yang diinginkan..cuma sokongan..sikit kata seperti "kau macam mana?" Itu sudah cukup membuatkan kita bangkit..kerana ketika ini kita hilang jatuh..tak mampu menyapa tak mampu melawan..semua tiba-tiba..tiba-tiba.....dan tiba-tiba..

Allah sebaik perancang..itu pasti..dan dari sini..kau nampak kau lihat jelas..titik hitam itu..hati orang..hati binatang..semua..jelas..

Tunduk..itu yang dilakukan pada saat ketika ini..sebab kau nampak kejahilannya..jangan menyalak..sebab bukan kau yang layak mengadilinya..
Berdoa..terus bedoa..agar kesedaran itu timbul..

Penghidupan ini akan berakhir-akhirat..
Dan ketika itu hanya amal yang kau bawa..
Pegang itu..buat kebaikan walaupun kau dibalas jahat sakit perit..
Itu ketentuan yang telah tertulis..
Redha...walaupun sukar..
Kerana Allah sebaik-baik pencipta..
Dia tahu kemampuan hamba-hambaNya..

Hidup...dan terus hidup..
Kerana kau di'sini' hanya sekali...

Friday, July 24, 2015

Friday, July 17, 2015

.: 1 Syawal

Syahdu alunan takbir bergema
Tiap tahun rasanya sama
Dan tahun ini lebih terasa
Kerna apa yang kubayangkan tidak ditakdirkan
Aku akur ya Allah
Kekuasaan mu
Rindu.sakit.pedih.marah.perit
Bukan dayaku untuk melawan semua ini ya Allah
Pada mu kuberserah rasa-rasa ini

Sampaikan salam rinduku padanya ya Allah...
Selamat hari raya kasih...
Maaf zahir batin...
Dari budak perempuan ini.

Monday, July 13, 2015

.: Muak

Ubat
Pahit
Kelat
Muak
Tolong ya Allah
Larikan aku sekejap dari dunia ini
Sangat menyesakkan
Sangat memaksa
Tolooonggg ya Allah
Sedarkan mereka
Sedarkan dia
Buat aku sakit tanpa sedar
Himpit aku
Tinggalkan aku
Tolong ya Allah
Aku lelah telan ubat-ubat ini
Tolong larikan aku sekejap
Toloonggg aku ya Allah


Thursday, July 9, 2015

.: Survive

Budak perempuan ini hanya mahu hidup seperti insan lain..seperti insan lain..ya..setiap manusia mempunyai jalan hidupnya sendiri..itulah lumrah kehidupan..mahu dan mahu..kepuasan yang dicari..sentiasa..tanpa sedar..

Tapi buat kali ni..alhamdulillah..rasa budak perempuan ini untuk itu semakin dapat dikawal walaupun sedikit demi sedikit..mungkin kerana perit sebelum ini lagi mematikan..alhamdulillah ya Allah..alhamudulillah...

Pegangan budak perempuan ini masih utuh..
Jangan sakiti sesiapa..
Jangan ditinggal atau dicerca dia yang kau sayang..
Jangan meminta minta..

Dan..yang utama..
Biar mereka buat apa pada kau..
Walaupun kau jatuh dan terus jatuh..

Kerana..
Rasa sayang itu..
Budak perempuan ini manusia biasa..
Budak perempuan ini tiada hak atau kuasa melainkan Dia..

Melainkan..
Ia telah mengganggu dan mencabar maruahnya..

Alhamdulillah...kerana beri budak perempuan ini rasa manis ini lagi ya Allah..
Alhamdulillah...senyuman untuk kemanisan ini...

Alhamdulillah untuk rasa ini ya Allah.. :))




Tuesday, July 7, 2015

.: Ramadhan Kareem 2015

Alhamdulillah..aku masih diberi kesempatan merasai nikmat bulan ramadhan tahun ini..sememangnya penantianku setiap tahun..kerana ketenangan itu jelas di bulan ini..

Namun, kuasa Dia..ujian itu tiba tatkala aku mula memandang ke langit..aku hilang dalam bayang aku sendiri..masih kamilah..tapi mujur ia di dalam bulan yang penuh barakah ini..

Semua seperti terhenti..aku mula perkuatkan apa yang ku daya..kerana aku tahu dengan usaha pasti ada jalan keluarnya..tak mengapa kalau hanya aku yang mulakan jalannya..kerna aku rasa..mungkin aku yang perlu buka langkah itu..ia bermula dari bahagian ku..

Aku cuba sedikit..dan sedikit..hari ke hari..iyaa hati perempuan..sekeras mana pun kau diluar..hati kau masih berair..bagi aku..itu caraku..jangan disalah..jangan dimarah..sebab kau kata manusia itu berbeza dan kau terima seadanya..

Satu ketika, mungkin aku dah tak mampu menahan..apa cara pun tak mampu buat aku lepaskan rasa tuu..aku hanya nak dia perbetul aku seperti biasa..dan aku terus menerpa..mencari salah tanpa sedar..yaa aku yang bersalah..memang patut aku kena..dan dalam diam aku makin nampak redha yang selama ni aku sebut tapi aku tak mampu buat pun...dimana iman kau kamilah..

Di sinilah...kau memulakan..
kau hilang..dan makin hilang...
padam.gelap.ubat...berlawan..bertahan...itulah buat kau kamilah..
saat ini..satu kesan yang aku tak dapat halang..
pedih.
.
...
terima kasih dan terima kasih.

Manusia..seperti biasa tidak dapat lari dari egonya sendiri..tanpa sedar ego itu mematikan rasa..mementingkan diri..tanpa sedar..sedarlah kamilah..

Salah?? Siapa?? tiada masa untuk itu lagi..cukup.

Semuanya pinjaman di didunia ini..ingat kamilah...
Terus beringat..
Aku berserah pada-Mu ya Allah..


Friday, May 15, 2015

.: Hening senja

Kau tak kan paham hatinya jika kau biarkan masa..
Kau tak kan sedar pentingnya kalau kau hanya menyapa..

Kau biar dan biar...

Manusia sering kata biar takdir yang tentukan..
Tapi manusia tak sedar dia tak ada usaha...
Cakaplah sealim mana pun tapi kalau hanya menyerah maknanya kau dah gagal..

Bila dah terngadah baru bising sana sini..
Patut kah??

Manusia tetap manusia..
Yang dilahirkan tidak sempurna walaupun nama kau seperti itu..

Jangan lari...
Itu yang utama..
Jika kita rasa layak untuk dapatkannya..
Usaha..teruskan..




Sunday, April 12, 2015

.: Segar

Hidup masih diperutuh..langkah diteruskan tanpa lelah..walaupun terkadang jatuh dipertengahan..aku mula nampak sinar itu biarpun jalannya masih berbatu..tiada gusar itu bukan manusia..cuma aku terkadang lemah ditolak..bukan tak mahu melawan..cuma diri tak mahu dipersalahkan..teruskan langkahan itu..kerana tiada apa daya selain diri aku dan kekuasaan-Nya..

Tuesday, January 20, 2015

.:Isian Hati

Tiada ungkapan untuk hati yang masih beku..
Pertemuan tanpa 'Hati' tidak akan ada noktahnya..
Jangan disoal mengapa..kerana manusia sendiri tak akan sedar dirinya mengapa..
Tapi jangan lari..
Itu adalah takdirnya..
Cuba..mungkin ia akhirnya..
Dia..aturkan segalanya...
Tawakal...

Saturday, January 17, 2015

Lambaian sayu....

Alhamdulillah.kata rahmat yang makin terukir dibibir..ya.kata namun tapi masih menerpa..kesedaran buat perkataan itu mula hilang walaupun masih terang dilihat..2 tahun yang amat mengajar.erti kehidupan yang kurasakan telah faham selama ini..

2014.
Tiada apa yang memuncak.setiap saat berlalu pantas menelan saki baki perjuangan yang baru bermula..rakan sahabat akhirnya jauh.gelak tawa riuh rendah hilang gelap.aku rindu.rindddu melampau..namun kutahu mereka ada cuma jarak yang memisahkan.salam rindu buat kamu semua.terima kasih kerana menjadi sehabat perjuangan 5 tahun setengah yang tiada ganti.TERIMA KASIH SAHABAT...

PERJALANAN MASIH JAUH.
Sesuatu yang tiada kata.gila.mati.itu yang masih kurasakan.tiada pelindung.hidup perlu ditempuh. Kau gagah. Hanya pada nama. Ia hilang tatkala terasa kehangatan di pipi.bangun jatuh.dan masih berterusan.salahkah diri gila ini pabila hanya minta untuk difahami.tak reti tak tahu untuk meluah. Kenapa itu sukar difahami.rayuan....rayuan hati kian memuncak buat-Mu..kabulkan permintaan hati ini..

PERHENTIAN SEMENTARA.
Kekuasaan-Nya sememangnya tiada batas. Aku terpaku tiada kata. TAKDIR. Ya TAKDIR. Aku redha..... Perhentian yang tiada penghujung kurasakan ketika itu. Kata-kata amanat dia yang kuhormat.waliku..memecahkan batu hati ini. Aku terima tanggungjawab itu walaupun ku tak mampu..

PERHENTIAN SEMENTARA vs REALITI.
Dunia baru.ilmu cuba disampai..diaplikasikan..namun jelas kata-kata sifu benar belaka.tidak semua dapat diguna..bergantung pada masa dan keadaan.dan pada ketika itu..mata-mata mula memerhati mengintai....gelak hati kecil ini..makin lama makin menerpa..namun sekiranya bukan dari rusukya..ia bukan lah cinta hati kita..benar kan...namun ia hanya warna perjalanan ku buat masa ini.yang kedua..masih ada yang pertama yang perlu kukejar kudamping...

LAMBAIAN.
Syukur..tak terkata..aku tunduk terpaku..doaku dimakbulkan..alhamdulillah atas rezekimu ya Allah..aku dpt merasai ketenangan yang lama hilang..suasana yang tiada gambaran..lambaian sayu dariku hamba-Mu yang hina kerdil ini..alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah..dapat pergi dan kembali dengan selamat...rahmat-Mu ya Allah...TERIMA KASIH YA TUHANKU..

DIRI SENDIRI+BARU.
2015
Alhamdulillah.kurasakan seri..sinar semakin memencak..ikutkan pada ketentuan-Nya..selari dengan usaha..itu aku kini..kucuba..dan sentiasa..berikan ku terus ruang-Mu itu ya Allah...mengumpal amal buat syurga-Mu yang kekal hakiki.izinkan aku...pegang hati rapuh ini suaya terus kuat menyinar...


###
Dunia tak akan lari mengejar pelangi.itu realiti.namun setakat mana kita lihat kita mampu capai itu yang kekal.jangan ditepik..dihina jika hilang..cuba tenang akur pada ketentuan-Nya....insyaallah..cuba dan teruskan...