"Allah beri kita rasa itu..
Tenung lihat fikir gunakan..
Hargai.."

Sunday, September 2, 2012

.: Salam takziah kawanku..

Dia penentu segala-Nya..tiada siapa yang dapat menjangka apa yang akan berlaku..

Ibu..insan yang paling berharga dalam diri setiap insan..tatkala kita sibuk mengejar dunia..mungkin kita tak kan percaya bila menerima berita sedemikian..

Tanda-tanda..mungkin ada..namun..kita yang tidak sedar..setiap apa yang dia lakukan..itu semua tinggal kenangan..

Air mata..sudah pasti mengalir..bila kita teringat terbayang kan dia..namun itu sudah takdir..redha dan tawakal..Allah lebih menyayangi-Nya..

Alhamdulillah..aku diberi kesempatan untuk menziarahinya..kawanku seorang yang kuat..tiada tangisan..masih mampu tersenyum..

Namun..ku tahu..jauh disudut hati kamu..tersimpan seribu kesedihan..aku hanya mampu memberi kekuatan wahai sahabat..kuat dan terus kuat...ada hikmah disebalik semua ini..

Dan buat kita yang masih di sini..sedar dan bertaubat atas apa jua kesalahan yang pernah kita lakukan..memohon maaf..itu yang terbaik..dan hargailah mereka di sekeliling kita..teruskan kehidupan tanpa meyakiti orang lain..hidup dengan kudrat diri sendiri..

Friday, July 27, 2012

.:Kembali..

Mungkin kehidupan itu perlu dicari..kerana kadang kala sinarnya akan terpadam jua..tapi yang pasti..dalam perjalanan ini..aku hanya cuba untuk membuat sekelilingku senang..biar apa pun yang kamu kata..apa yang kamu buat..aku hanya serah pada-Nya..walaupun ia sakit..tiada makna bagiku lagi..kerana aku pernah merasa kesakitan yang lebih pedih..

Assalamulaikum cikgu..!
Itulah yang ku dengar mulai isnin yang lepas..alhamdulillah..tenang bersama mereka si kecil di sekeliling.. :)

Kejadian si Maha pencipta..pelbagai gaya, rupa dan ragamnya..dan di masa ini..bulan ramadan sungguh menguji..tiada apa yang kuharap..hanya kekuatan dari DIA dan seterusnya keluargaku..

Teruskan perjuangan wahai cikgu..! :D

Hati masih berbicara..kerana kepastian dan kejujuran masih dibekukan..dan aku kini..tiada dendam atau marah..sekiranya..apa yang kamu katakan tidak benar..hanya DIA yang tahu..

Kawan atau lawan..kawan..itu yang aku pilih..kerana aku tidak mampu berfikir buruk untuk kawanku sendiri..yang selebihnya..aku serahkan pada DIA..

Sedih..?
Tiada sedih untuk itu lagi..kerana aku percaya..manusia diciptakan berpasangan..dan aku percaya..DIA telah menetapkan yang terbaikkan untukku..aminnn :))

Berserahh~

Friday, June 15, 2012

.:Alhamdulillah..

Alhamdulillah..
YOU made me smile today..
Thank you Allah... :) :) :)

Thursday, June 14, 2012

.: Pilihan

Hidup ini..kita memang diberi peluang untuk membuat pilihan...jalan kiri mahupun kanan..adakalanya..kita akan menyimpang juga ke jalan kiri itu..walau sekuat mana pun kita untuk mengelaknya..

Dan hari ini..aku telah memilih jalan kiri itu..ya jalan kiri..kerana..aku buntu untuk keluar dari kesesakan itu..aku sendiri pun tak percaya..Allah tu Maha Kuasa..ya..aku dapat 'cash' hari nie..haaa~ padan muka ko ili..mujur hanya kereta je yang 'luka'..aaaa~ Allah Maha Penyayang...

Sebenarnya..aku tak ada niat pun nak buat semua tue..Aku hanya ingin menyelamatkan keadaan..membantu..tapi..aaa~ biarkanlah...

Itu membuktikan..walau jauh mana pun kita cuba mengelak..kalau dah takdir itu tertulis untuk kita..ia pasti berlaku..kita tak akan dapat lari juga...walaupun jalan kanan yang kita pilih sekali pun..

Aku masih sayang diri aku..ya..aku masih sayang diri yang sangat kerdil ini..cuba memperbetulkan keadaan yang dulunya rumit..dan kini alhamdulillah..makin kendur..dalam pada masa yang sama..aku cuba membahagiakan oleh lain..dengan tidak menyakitkan hati mereka..walaupun aku senyap..tak bermaksud aku mati atau pengecut..aku cuma tidak mahu menyerabutkan keadaan..dan pada masa yang sama...aku nak kamu sedar..diri kamu..

Tuesday, June 12, 2012

.:Hakikatnya...

Manusia..kadang-kadang leka dalam duniawi ini..mungkin bangga kerana anugerah tuhan untuknya..mungkin kerana hanyut dengan kesenangan dunia..dan juga mungkin kerana alpa dengan keseronokan dunia..

Mulut memang pandai mengatur bicara..ini kerana sifat azali yang telah ditetapkan oleh-Nya..namun tiada guna jika kita hanya berkata tetapi semakin jauh untuk melakukannya apatah lagi mengamalkannya..akhirnya..kita semakin mudah terhasut dengan bisikan penghasut tegar dan mudah terpedaya dengan pujukan duniawi itu..

"Dan ingatlah..dan ketika..kita tergerak untuk berkata sesuatu yang berupa kebaikan..maksudnya..kita diberi peluang oleh-Nya yang Maha Pengasih untuk melakukan kebaikan dan berubah kearah kebaikan.."

Namun..adakalanya..kita ambil mudah terhadap sesuatu perkara itu..kerana barangkali kita tidak mahu ia membebankan kepala..atau barangkali..kita senang melakukan begitu..akibatnya..ia menjadi tabiat yang sukar untuk diubah..

Oleh itu...

"Jangan pandang sesuatu perkara yang kita bakal hadapi, sedang hadapi atau telah hadapi sebagai sesuatu yang memberatkan..namun jangan pula kita menganggap ia sebagai sesuatu yang amat mudah..sehingga kita sanggup melakukan sesuatu diluar batasan hanya kerana kita ingin mendapatkannya..ini semua akan mengundang sifat tamak diakhirnya..kesannya..banyak hati akan disakiti akibat perbuatan yang dibenci itu.."

Manusia..masih lagi ditakuk yang lama..tidak berubah..mungkin tidak cukup apa yang pernah diuji..atau mungkin tidak mahu merasa diri kolot..atau mungkin ingin memuaskan diri untuk merasai kegembiraan tanpa mengenal sedikit pun apa itu maksud keberkatan dalam mendapatkan keredhaan-Nya..

Dan untuk itu..tiada apa untuk disesalkan..malah aku bersyukur..kerana disaat itu..aku merasa DIA sentiasa bersamaku..menggerakkan hati untuk mengetahui kebenaran..walaupun dipandang sangat remeh..namun pabila kepercayaan dan kejujuran dipermainkan dan diperkotak-katikkan..ia membuktikan segalanya..

Oleh itu....

"Jangan menyalahkan orang lain..sebaliknya..pandang diri kita dahulu..apa yang kita telah buat..apa yang telah kita katakan..apa yang telah kita maksudkan..walaupun semua itu..dipermulaannya..namun ia sangat perlu..sangat..dan sangat...kerana susun kata tidak boleh diundur walaupun sepatah..MUHASABAH.."

Lantas...

Ucapan maaf itu sangat penting sebenarnya..kerana ia tanda kita sedar akan kesilapan itu..dan cuba tidak melakukannya lagi pada masa yang mendatang..juga..jangan dipandang remeh dan mudah..kerana apabila pemikirannya begitu..keegoan akan semakin memuncak..sedarlah..kita sama disisi-Nya..tetap sama..walau tinggi mana kedudukan itu..walau bergunung mana duit itu..walau secantik mana wajah itu..itu semua milik-Nya yang disandarkan kepada kita hamba-Nya di dunia yang sementara ini.. 

Namun..setinggi mana kata maaf pada seorang manusia itu..tinggi lagi nilainya disisi yang Maha Esa..ucapkanlah maaf dan ampun itu pada DIA yang Maha Pengampun..di saat selesai kita memberi salam selepas solat..ketika kita masih duduk..pandanglah pada tikar sejadah itu..dan sekiranya..hati kita masih lagi punyai keimanan itu..walaupun ia sedikit..kita akan tertunduk malu..lantas sedar atas semua kesalahan kita pada-Nya dan sesama kita..

Ingat mati itu perlu..jangan disangkal pada hakikat itu..dan sekiranya..kita sedar kesilapan namun kita masih bertangguh..atau masih malu untuk mengucapkannya..atau masih rasa ia kesalahan yang sangat kecil yang diperbesarkan..tiada apa yang tinggal lagi..kerana ketika itu..semuanya hanya tinggal untuk diazab..BERINGATLAH..

Dan sekiranya..kita masih merasa kita berada di landasan yang betul..pandanglah sekeliling dan fikirkanlah..kenapa kita masih ada perasaan resah walaupun kita sihat..kenapa kita masih keseorangan walaupun diikelilingi kawan-kawan..kenapa kita masih sunyi walaupun ditemani bunyi hingar bingar itu..kenapa..

Dan semakin sukar..apabila kita telah memohon dari-Nya tetapi masih lagi merasakan semua itu..itu mungkin kerana banyak tanda hati yang telah kita langgar..yang telah kita benamkan..SEDARLAH..

Di kala itu..tiada dendam..dan tiada juga marah..kerana aku tahu itu ujian yang memang sudah tertulis..sebelum dan selepas..sama dan tetap sama..tiada perubahan yang aku lihat sepanjang itu..

Aku tetap aku..tersenyum, gembira dan terus gembira..walaupun kadangkala aku menangis juga..namun menangisnya aku hanya dan hanya kerana mereka yang kusangat kukasihi..membesarkanku, menjagaku dari dulu hingga kini..walau apa pun yang kukatakan..mereka tetap bersamaku..

Disaat dan ketika ini..tidak kusalahkan semua itu..kerana aku masih sama seperti yang pernah kuperkatakan..tetap cuba memahami situasi luar itu..walaupun aku tahu..ia hanya akan memenatkanku..dan semestinya kerana..aku manusia biasa..yang juga melakukan kesilapan..MOHON KEMAAFAN..

Apa aku ingin perkatakan juga masih sama..hati bukan bahan mainan..dan selamanya bukan..jangan mengucap jika kita masih samar tentang itu..jangan dilambung sekiranya kita tidak mampu menahan untuk menyambutnya..jangan memanggil sekiranya kita belum bersedia untuk menyahutnya..SEDARLAH..

Tolong jangan diulang semua itu kepada yang lain..kerana kelak makin besar kehitaman itu..Perbetulkan yang salah pada DIA..jangan menuding jari lagi..Beranikan diri untuk pandang pada diri sendiri..Kecapi yang utama sebelum yang pertama dahulu..Doaku masih ada..kerana aku tiada apa untuk didebatkan..semuanya telah kutelan..dan kuserahkan semuanya kepada DIA..kerana aku percaya dan yakin dia TUHAN yang Maha Kuasa selamanya..


Saturday, June 9, 2012

.:Kekuasaan-Mu..

Permainan hati..
Alhamdulillah..
Allah itu Maha mengetahui..
Sekiranya kita berlaku jujur sesama manusia..
Insyaallah..kita akan dilindungi-Nya..
Terima kasih ya Allah..atas pertolongan-Mu..
Mohon terus diberi petunjuk itu..
Aminn... :)

Monday, June 4, 2012

.: Hari ini..

Jauh kaki ini berjalan hari ini..
Alhamdulillah..
Sekurang-kurangnya..
Nikmat-Mu itu dapat dirasai sebentar..

Senyuman untuk kamu :)


Sunday, June 3, 2012

-- Anis Nadilla Ahmad --

Buat ruangan kali ini.. Ditujukan khas buat yang terlampau dirindui Anis Nadilla Ahmad :)
*Tak ade gambaq hang.sorry~ huu..time tue tak pakai lagi handphone canggih-canggih nie.haha

Sudah hampir 3 tahun lebih tak jumpa si comey niee..waa~ sangat lama.. Bilalah agaknya dapat jumpa sama kamu Menah! :P

Menah..panggilan yang aku panggil.. Sebab..kalau dia bercakap memang tak beehenti..hahha :) She made me smile alot.. :D Dan apa pun yang dia cakap akan menyebabkan kita akan tergelak bila dengar.. :D

Dan bersesuaian dengan keadaan aku masa tue..yang tak tahu nak buat keputusan untuk hidup aku sendiri. The hardest time in my life.. Ditelan mati mak..Diluah mati bapak.. Aku dah buntu nak pilih jalan.. Aku terpaksa bercerita jugak dekat dia-Menah yang ketika tue merangkap ahli jemaah bilik yang muat seorang je nak lalu dekat ruang tengah tue.hahha :D I really miss that moment! Dua hari..kiteorang sama-sama fikir..

Dan ayat kamu Menah..yang buat aku ingat sampai sekarang dan aku buat sampai sekarang.
"Apa pun..buat 'mereka' gembira.biar kita hilang apa yang kita nak pun.Itu pengorbanan.'Mereka' tahu yang terbaiik untuk kita" :D

Akhirnya.. Aku akur.. Untuk kamu berdua..mama dan ayah.. :D

Kenangan manis yang paling aku ingat ialah "dinner maggi telur" Malam sebelum aku pergi buat selama-lamanya dari bilik 'kotak' tue.. Aku nak sangat masak maggi telur untuk my roomates.. :) Antara dinner terakhir kami :)

Aku dengan Menah keluar.. pegi cari telur.. Malangnye..telur dekat kedai runcit sume habis..pelik betul.ish3.. Aku tekad nak mintak dekat 'abg burger'.. Menah tak nak cakap.
So dengan muka tak malu..aku pun mintak kt 'abg burger' tue..
"Abang..ada telur dok? Nak beli dalam dua biji boleh? " Aku tak sedar pun ape yang aku ckp sebenarnya..hahhahahha.. Ape yang aku tahu..aku nak jugak telur tue..
Maaf 'abg burger' Saya tak bermaksud begitu..huu  :P
Dan waktu tu..muka abg tue merah gila.hahhaah.. Menah terus tepuk tangan aku..
"Hang cakap tue biaq berlapik sikit.." hahahhaha.. Aku baru sedar  masa tue..
Aku betulkan balek ayat aku..
 "Abang..kiteorg nak beli telur ayamm..boleh? Telur dekat kedai sume dah habis.." :P
And finally we got that eggs! Sangat seronok malam tue. teringat lagi sampai sekarang :D

Malam sebelum aku tinggalkn tempat yang dekat sangat dengan pantai tue.
*Pantai yang dah sebati dengan jiwa aku.. Aku memang suka air - laut sungai.. Tiap petang..aku akan ajak Menah n kawan-kawan pegi sana.rase sangat tenang.lepas sume rase serabut dalam hidup nie..:)

'Mereka' pun dah sampai malam tue nak bawak aku balek esok pagi.. Aku menangis tak henti.. Sedih sangat nak pegi.. Rasa macam. Aku tak dapat happy+gelak macam tue lagi..

Esoknya..kami sume nangis :( tak dapat tahan.. Dah seminggu kt 'tempat baru'. aku still tak dapat biasakan diri lagi.. Rasa memang hilang senyum+gelak tawa tue.. Telefon dan telefon..tue je laa.. Sampai aku kembali kuat dan sedar.. 'Tanggungjawab' dan 'Tugas' baru aku.. Aku kembali tersenyum :D

Anis Nadilla ahmad..
Terima kasih sebab menjadi kawan yang sentiasa membuatkan aku tersenyum+gembira+gelak sepanjang masa sepanjang kita kenal nie..
Tak pernah aku jumpa lagi 'orang' macam ni seumur hidup aku..huuu
Hidup macam tak ade masalah.. :P
Dan dari dia jugak lah..aku belajar.. macam mana pun besar masalah kita..jangan hilang senyuman+gelak tawa tue.. *It will reduces the pain alot! :)


Saturday, June 2, 2012

.:Siapa dia??

Siapa dia?? Benarkah dia? Tidak berani untuk selebihnya. Tapi hati penuh dengan seribu rasa.. Namun seribu rasa itu masih terbeku.. Kerana tidak mahu bercampur dan membebankan.. Hati ini hanya ingin melihat orang dihadapan kembali tersenyum dahulu.. Sebelum diri ini tersenyum manis selamanya..

Satu rasa masih kuat.. Satu rasa dari dulu yang ku ingatkan hanya bayangan.. Satu rasa di bawah petunjuk-Nya suatu ketika dulu yang pernah mati.. Satu rasa yang kini ku masih rasakan mimpi.. Satu rasa yang dipohon terus diberi petunjuk dari-Nya..

Tetapi itu semua masih beku.. Kerana sesuatu yang belum selesai perlu ditunaikan.. Dua tugas besar yang aku sendiri tidak nampak bayang indahnya.. Sinar kebahagian manis senyuman mereka yang kusangat sayangi dan setinggi puncak gunung yang mampu ku capai.. Ku harap kamu juga begitu.. Teruskan perjalanan ini walau banyak cabangnya.. Jangan kenal erti mengalah selagi kita punya kudrat untuk lakukan.. Biarkan mereka duri-duri di sekeliling selagi kita kenal diri kita.. Laksanakan sesempurna mungkin supaya mendapat hak kita itu.. Aku sedang berusaha ke arah itu walaupun kadang kala aku rebah juga.. Ku harap kamu juga tetap begitu.. Semoga dipermudahkan segalanya.. Tawakal dan redha..

Friday, June 1, 2012

.: Hati: Tak mampu menanggungnya lagi..

Hati Buntu.
Pandangan Hilang.
Jiwa Gila.
Akal Mati.
Jalan Suram.Gelap.

-Sinar yang makin terbenam-



Thursday, May 31, 2012

.:Hati: Hanya ingin..

Aku tidak tahu apa yang kurasakan kini..jari-jemari rasa ingin terus menekan huruf-huruf ini..hati rasa ingin terus meluah..aku hanya inginkan warna-warna terindah..aku mencari..dan terus mencari..ada juga yang datang tanpa kusedari..terima kasih untuk itu..namun..disaat aku baru ingin terbang bersama warna-warna terindah itu..aku jatuh kembali..bukan kerna diri ini tidak mampu melawan..bukan kerna diri ini tidak cuba mempertahankannya..namun..ini kerna ia kuasa yang besar..

Aku hanya ingin..ingin merasai nikmat warna-warna terindah itu..saat gembira dan senang yang lama ku hilang sejak dahulu lagi..namun disebalik sejuta titisan hangat dipipi..aku masih tersenyum..dan akan terus tersenyum walaupun ia pahit..

Bukan terlampau mengikut awan gelap itu..tapi aku tidak tahu mengapa..aku akan tenggelam dalam kepulan awan gelap itu juga diakhirnya..suratan Dia..aku hanya akur menurut..

Aku sedar..tiada usaha..tiada kilaunya..aku masih di landasan yang sama..terus cuba berdiri..membantu..memperbetulkan..semua yang berada di depanku..

Apa yang berlaku..aku hanya ingin jadikan ia sebagai kenangan..walaupun pahit..ia telah tercatat dalam diari hidupku..walaupun kenangan itu kadang kala hinggap di kala aku bersama warna-warna terindah..aku hanya mampu tersenyum buat kamu..

Kedatangan perantara kita dulu beberapa hari lalu..membuatkan ku tidak lena..bukan kerna teringat kisah kita..namun..takut ia kembali berulang..aku hanya mampu berusaha berdoa..dan tersenyum..kerna aku tidak mampu dan tidak mahu menjadikan ia rumit..dan jika kita telah ditakdirkan..ia akan ada nanti..itu saja yang aku pegang ketika ini...

Ingin ku petik kisah yang sangat rapat dalam hidupku..dia punyai teman..teman yang inginkan mahligai bahagia di penghujungnya..namun..temannya itu..terus memaksa masa untuk pengakhiran itu..

Kerana apa..?
Kerana takut ia hilang..

Hilang apa..?
Hilangnya setia.percaya.rasa.

Itu semua perlu..sangat perlu..namun jika kita percaya pada si DIA..dia akan muncul di pengakhirannya..aku hanya mampu berdoa untuk dia dan temannya itu..agar dipermudahkannya segalanya..

Rasa itu akan tetap satu dengan jiwa yang satu..kembali tersenyum.........


Warna-warna terindah 'mekar' yang dicari...

Wednesday, May 30, 2012

.:Saat dan Ketika..

Sungguh sukar laluan-Mu ini ya Allah..
Dan saat ketika ini..
Kekuatanku goyah..
Aku hilang arah lagi..
Air mata ini tak henti alirannya..
Kerna aku tidak tahan menanggung semuanya saat dan ketika ini..
Apa yang perlu aku lakukan..
Apa yang perlu aku lakukan...
Apa yang perlu aku lakukan......
Ya Allah..
Aku sangat sesak saat dan ketika ini..
Makin aku cuba mencorakkannya..
Makin gelap hasilnya..
Ya Allah..
Apa yang perlu aku lakukan......
Dan saat dan ketika ini..
Tangisan dan doa sahaja pengubatnya..
Ia nampak mudah diluarnya..
Namun didalamnya..hanya Engkau sahaja yang ketahui..
Ampunkanku Ya Allah..
Aku hanya ingin menangis sepuas-puasnya hari ini..
 

Monday, May 28, 2012

.: Laluan ini..

Semakin lama ditahan..semakin byk garisnya..dan manusia ini..hanya mampu menulis tanda luahannya..kerna mulut membeku sejak lamanya..seperti pokok nan hijau..adakalanya ia semakin haus dimamah matahari..bukan kerna tidak mampu menahan panasnya..atau tidak biasa dengannya..namun panahan petir yang sangat tinggi kilaunya mampu menumbangkannya walaupun punya akar yang kuat..

Dan adakalanya..kilauan-kilauan kecil juga penyumbangnya..duri-duri kecil juga boleh memberi bisa..lumrah manusia insan yang lemah..mulut tak mampu dikawal..walaupun hati tak bemaksud..namun ia akan memberi garis yang sangat besar..dengan laluan yang berliku..menambahkan rasa kegelapan dalam melaluinya..

Namun..bukan bermakna hati ini..sentiasa dibasahi dan merintih...ia hanya memerlukan pembebasan..secara semulajadi..bulan dan bintang yang bersinar...sentiasa menambahkan kemanisan dalam tawa ini..dan kemanisan ini akan terus ditambah..buat penguat hati..

Jadi..

Jangan disalahkan pada hati yang berkata..kerana ia perlu ruang untuk meluah..

Jangan dipinggirkan pada hati yang merintih..kerana ia perlu masa untuk sembuh..

Jangan ditinggalkan pada hati yang merintih..kerana ia perlu tempat untuk kembali utuh...

Itu semua..memang tidak akan akan boleh terjadi..tanpa keutuhan yang lahir dalam diri pada sekeping hati..hati ini akan terus kuat..dengan pegangan yang kukuh pada-Nya..dan buat dia dan dia yang sentiasa mekar dengan semangat itu..terima kasih..senyuman ini akan kekal terukir tanda terima kasih walau sekuat mana pun diri ini jauh dilambung badai..insyaallah....

Mohon sentiasa dipertunjukkan jalan dari-Nya..aminnn..

Sunday, May 27, 2012

.:Kadang kala..

Penghidupan..persoalan demi persoalan..tiada ku tahu mengapa ia sering menerpa..kebiasaannya..tidak ku kesahkan semua persoalan itu..namun..buat kali ini..ape yg bermain di fikiranku..terjadi sendiri di depan mataku..

Berjumpa sebagai pasangan sehidup semati setelah begitu lama ia berlalu..?

Buat kawanku..Amalina dan Amin..selamat menjalani penghidupan baru :)
Semoga berbahagia hingga ke anak cucu :D

"Terikatnya secara halal"
Sesuatu yang sangat abstrak bagiku..
Apabila akad dilafaz..terlerailah sudah tugas dan tanggungjawab seorang bapa dan juga ibu..
Sesuatu yang baru pula menanti..

Itulah kehidupan..berulang dan berulang..tiba masanya pula si anak menjadi seperti ibu dan ayah mereka..dan buat itu semua..aku hanya mampu berusaha dan menadah tangan memohon untuk menjadi yang terbaik untuk si terbaik yang diberikan-Nya..aminn.. :)

Dan kini..yang aku kejar hanyalah..kejayaan..dan terus mengejar sejauh mana diri ini mampu mengapai..selagi semangat dan usaha itu tetap ada. :)

Kepahitan..penyesalan..itu semua hanya sebagai kenangan buat pembakar diri..tak semestinya,,orang yang pernah berada di bawah akan terus berada di bawah.. Betul bukan..?

Itu semua rezeki dari-Nya yang telah tertulis sejak azali..mungkin masa untuk mereka bergelak ketawa dahulu..dan mungkin masa untuk kita bersedih dahulu..namun itu semua..tiada yang kekal selamanya..

Diri ini akan terus berlari..mencari dan cuba sedaya mampu mengapai bintang-bintang kejayaan di langit sana..akan ku buat mereka tersenyum..dan terus tersenyum. :))

Pengharapanku~

Friday, May 18, 2012

.:Mencarinya..

Kaki hanya ingin terus berjalan mencari..
Mencari sesuatu yang tak mungkin ditemui..
Kerana aku tahu..
Semua terletak pada Dia..

Tetapi..
Aku hanya ingin terus berjalan..
Berjalan tanpa sedar dunia realiti..
Ingin melupakan semuanya seketika..
Alhamdulillah..
Ada ketikanya..
Ia menjadi..

Kawan teman sentiasa disisi..
Merapati diri ini..
Terima kasih kamu semua..
Doa sahaja yang mampuku balasi...

Namun..
Betul kata mereka..
Mereka hanya mampu mendengar dan melihat...
Mereka tak mampu yang selebihnya..

Jadi..
Izinkan aku..
Untuk terus berjalan..
Untuk terus mencari..
Izinkan aku...



Thursday, May 17, 2012

.:Permaisuri hatiku...

Mama..
Engkau orang yang paling kuat dimataku...
Tiada kamu..
Tiadalah suaraku...

Mama..
Mungkin aku tidak mampu menahan aliran itu dari mengalir..
Namun..
Aku tetap teguh dibelakangmu..
Menjadi benteng yang terus cuba kukuh dilambung badai..

Mama..
Jangan biarkan ia mengalir..
Sekali ia mengalir..
Sepuluh kali aku teresak-esak menahan sebak di dada..
Seratus kali aliranku mengalir tak terkata..

Mama..
Terus kukuhkan kekuatanmu..
Jadikan apa yang mendatang ini..
Sebagai LALUAN kita KESANA...
Ibaratkan ia seperti batuan yang menahan derasan sungai mengalir..
Aku tahu kamu begitu...

Mama..
Apa yang dihadapan kita selama dan ketika ini..
Sangat kurang jika dibandingkan dengan rintangan Kekasih ALLAH itu..
Rasullah s.a.w..........
Aku tahu kamu juga begitu...

Mama..
Terima kasih atas semuanya...
Aku hanyalah anak yang akan terus berusaha disamping mu...

Ili kamilah SAYANG mama...
Doaku tetap bersama kita semua...
Perkenankanlah permintaanku ya ALLAH...
Aminnnn...

Wednesday, May 16, 2012

." Tenang wahai si hati.."

Hati rasa ingin meluah..
Tetapi otak beku seribu idea..
Mulut pula terkunci menyusun kata...

Hati ingin mengapai apa yang diinginkan secepat mungkin..
Sesaat dirasa jauh tidak termampu..
Namun perjalanan harus diteruskan dengan langkahan teratur..

Hati hari ini meronta..
Meronta kerana kaki lemah secara tiba-tiba..
Mengapakah ia masih terjadi..

Hati..tenang wahai si hati..
Pandang dan cerminkan apa dipantulkan...
Ini semua halangan penguji...

Hati..tenang wahai si hati...

Sunday, May 13, 2012

.: Bayangan..

Mengapa ia kembali..
Semakin jauh aku cuba pergi..
Semakin kerap ia menjelma..
Menyebabkan aku jatuh tersungkur di pembaringan..

Dan kini..
Aku hanya ingin melihat sinar matahari..
Namun aku tidak tahu..
Aku masih takut..
Walaupun aku cuba buang semua itu..

Dan di suatu saat..
Ku tiada tahu..
Ia kembali menghantuiku..
Datang tanpa dipinta.
Dia..insan yang pernah menjadi kayu pengukuh di belakangku..
Walaupun dia telah kembali bertemu Ilahi..
Namun dia tetap dalam ingatan..

Ada putih..ada hitamnya..
Hitam menyusul selepas kenangan putih suci itu..
Si hitam pemusnah segalanya..
Kurebah di pembaringan kerana tidak mampu digasak dengan pelbagai igauan lagi..

Dan ketika itu..
Ku tiada tahu..
Ku hanya ingin lenyapkan semua..
Ku mencari sinarku..
Di saat ku rasa tiada daya untuk melawan igauan itu lagi..

Namun..
Ku tiada tahu..
Matahariku...
Maafkan ku...
Disaat kamu memerlukan..
Aku telah memadamkan sinarmu..

Tidak ku minta ia hadir...
Namun apakan dayaku..
Aku tidak mampu melawannya..
Dan akhirnya..
Terasa aliran hangat membasahi pipi..

Maafkan ku si matahari..
Saat ini..
Aku hanya menadah tangan memohon kepada-Nya..
Moga kamu cepat pulih..
Moga kamu kembali bersinar..

Semoga semuanya..kembali aman..itu sahaja yang kupinta..
Aminnn...


Saturday, May 12, 2012

.: Hati ini..

Hati ini terus berkata..
Memendam seribu rasa..
Pahit..namun ditelan semuanya manis..
Kerana ku terima ia sebagai catatan bertulis yang hakiki..

Bukan niat dihati..
Untuk terus merasa diri dalam kelemasan gelap gelita ini..
Bukan apa yang kutulis semuanya menggambarkan keadaan yang sebenar..
Kerana..aku masih ingin mencari..
Erti kehidupan ku yang sebenar..

Jangan disalahkan sesiapa..
Kerana ia mungkin salahku atas apa yang berlaku disekelilingku..
Aku hanya tak mahu hidup dengan bantuan orang lain..
Walaupun bantuan itu tidak memerlukan balasan..
Mungkin salahku..
Maafkan ku..

Dia..
Mungkin untukku..
Kerana sinarnya..
Semakin terang..
Dengan pantulan dari kuasa-Nya..
Ku susuri laluan hati ini..

Namun..
Disebalik semua ini..
Tiada apa yang kita tahu..
Tawakkaltu a'llaah...
Itu pengakhiran katanya..

Buat dia..dan dia..
Kamu semua benteng penguatku..
Pengukuh si 'pengurniaan yang sempurna' pada namanya..
Seribu kemaafan..atas lontaran yang kuberikan..

Mungkin itu semua..
Tidak cukup untuk memuaskan hati kamu dan kamu..
Namun itu sahaja yang mampu ku ucapkan..

Mengapaku begitu..
Tiada siapa yang tahu..
Jadi..
Biarkan ia..
Jangan ditanya..
Jangan diungkit..
Aku harap kamu dan kamu..
Memahaminya...

Terima kasih..dan terima kasih...
Atas benteng sokongan kamu dan kamu..
Yang teguh dibelakangku..
Kutidak pernah lupa ataupun leka dengan itu..
Cuma aku tidak mahu menyapa..

Teruskan kehidupan kamu..
Aku sebenarnya..
Masih disitu..
Menyokong kamu dan kamu...
Mendoakan yang terbaik..

Teruskan kehidupan ini dengan sepenuhnya..
Apa yang berlaku..
Biarkan dan terus biarkan..
Walaupun hati meronta meminta penjelasan..
Berserah pada-Nya..
Itu yang amat terbaik...

Lepaskan rasa dalam hati...
Doakan yang terbaik...
Harap kamu dan kamu..
Memahaminya...

Terima kasih..dan terima kasih...
Atas semuanya...

Hati yang sarat dengan isinya walaupun mampu diampu..





Monday, May 7, 2012

......Izinkan aku.......

Izinkan aku..
Aku hanya ingin melihat dunia sendirian...
Berjalan melangkah..
Untuk melihat..mendengar..merasa sesuatu yang aku sendiri tidak tahu..

Supaya aku kembali merasai warna-warni kehidupan..

Kerana apa yang kurasakan kini..
Sangat kosong...

Berikanku ruang...
Seketika..
Izinkan aku...

Saturday, May 5, 2012

.:Penghidupan untuk sebuah kehidupan..




Diri ini tertunduk lagi..bukan kerna hilang arahnya..tetapi kerana hilang kudratnya..hari-hari terus ditempuhi dengan senyuman..biarpun pahit..

Fighting! masih terngiang-ngiang kata matahariku..buat pembakar semangatku yang baru bersinar dalam hidupku..dan kata-kata si kecil molek dan rakan seperjuangan yang sentiasa bersama tatkala aku terbaring memerlukan bantuan..

Satu-persatu..sudah tersurat..aku teruskan..kerna aku percaya pada-Nya..

Biarpun hati ini tidak berhenti menangis buat kali ini..namun ini adalah jalan yang ku ada..selain menadah tangan memohon pada-Nya..

Apa pun masalah..kecil mahupun besar..itu adalah rahmat disebalik tersuratnya ujian..sedikit demi sedikit..aku mengatur penyelesaiannya..walaupun kadang kala aku rasa diri ini amat kerdil dan tidak diperlukan..

Diri ini terus berusaha..mungkin itu dapat membantu..walaupun sedikit..aku berusaha membantu..

Sudah setahun..dan setahun itulah pelbagai penghidupan yang kupelajari..erti kehidupan yang nyata..manis mahupun pahit..

Ku masih terus mendaki..biarpun jatuh dipertengahan..masih ku teruskan..biarpun apa yang mendatang..akan kuteruskan perjalanan ini..

Saturday, April 28, 2012

.:Dia..si Matahari...:

Aku kembali menulis pabila diri ini terasa dipanggil..
Mungkin bait kataku semakin lemah kerana telah lama menyepi..

Kebiasaannya..
Hanya bulan bintang yang ku rasa menyinari hidupku..
Namun..di suatu ketika..
Matahari kembali terbit..
Dia muncul lagi dalam hidupku..
Matahariku..
Adakah ini mimpi atau imaginasiku..?
Muncul di kala aku terbaring sendirian..
Di kala aku memerlukan seseorang untuk menenangkanku..

Namun..
Hatiku masih terus membeku..
Kerana apa ku masih tidak mengerti..
Mungkin kerana aku tidak mahu merasai kehilangannya lagi..
Dan mungkin sebab itu hati masih terus membeku..

Namun..
Dia tetap berusaha menyinari hidupku..
Matahariku..
Terima kasih...
Terima kasih....
Dan terima kasih...

Matahariku..
Maaf kadang kala diri ini memadamkan sinarmu itu..
Dengan tangisanku dan hal berkaitan hidupku..

Kini..
Sinarannya mungkin lagi cerah dari dulu...
Apakah yang tersirat di sebalik sinaran terang ini..?
Aku hanya mampu memandang..
Kerana aku tidak mampu untuk mencapainya...

Dan ketika ini..
Walaupun aku tidak mampu mengapainya..
Aku sentiasa merasai sinaran terangnya disisiku..
Layakkah aku untuk merasai sinaran ini..?

Dan akhirnya..
Di kala aku bersujud..
Aku hanya mampu meluahkan pada-Nya..
Memohon ditunjukkan jalan bagi sinaran ini...

Semuanya..ku serahkan pada-Nya..

Sunday, January 8, 2012

Permulaan..

Hari semakin dihitung..wajah rakan-rakan yang dirindui semakin trbayang..ujian lagi dari Mu ya Rabb..ku teruskn kehidupan biasa walaupun kdg2 keskitn itu menganggu..

Hari makin hari..trpaksa ku meminta bantuan mama..wlaupun hati ini berat..ingin menyusahkan mama lagi..namun..tiada sapa yang mampu aku kongsikannya..

Klinik..mungkin doktor itu trlesap pndg...namun..takdir..tidak ku slhkn mu wahai si baju putih..

Kuala lipis..kegembiraan yang diselang selikan dengan warna warni disebalik pandgn ilusiku..disebabkan ubt..kesakitan smkin brkurang..namun..sebaliknya..apa yang akan trjadi..tidak kuketahui lagi..

Gelak tawa rakan yang dirindui..menutup semua keperitan hidup sebelum ini..

Di pertengahan..kesakitan semakin menghantui..trpksa..ku beritahu mama lagi..maafkn anakmu ini..kerana menambahkan kerisauan mu lagi..

Di pertengahan..orang-orang yang ku anggap guru..tempat ku meminta bantuan dan belas ihsan untuk merawat penyakit ku buat seketika..tidak ku sangka..kamu memberikan memek muka yang makin menyusutkan ku..terima kasih buat kamu..

Hospital Pakar..berjumpa dgn si baju putih lagi..uji darah..semuanya..mendebarkan..

Keputusannya..melegakan hati..namun..penyebabnya..membuatkan masing2 tidak percaya..

Ujian demi ujian..semuanya sudah trsurat..aku hanya mampu terus bersujud pada-Mu dan brusaha yang terbaik...

Buat rakan-rakan yang sentiasa menyinari hidupku..terima kasih tak trhgga..ku hanya mampu mendoakan yg terbek buat hidup kalian..aminnn...

Perjuangan ku masih kuteruskan..